Koleksi Resepi Yang Sedap Dan Mudah Disediakan.

Resepi Spaghetti Bolognese Prego Citarasa Malaysia

Untuk penggemar spaghetti yang inginkan kelainan, KRS akan kongsikan Resepi Spaghetti Bolognese Prego Citarasa Malaysia.

Kenapa citarasa Malaysia?

Resepi Spaghetti Bolognese Prego Citarasa Malaysia ini ada cili padi sebagai salah satu bahan utama yang diperlukan. Orang malaysia kan suka makan yang pedas-pedas. Tak membuka selera la kalau tak ada cili. Betul tak?

Ramainya yang angguk kepla....maksudnya betul la tu kan.

Hurmm sebelum KRS merepek lebih jauh lagi, jom kita lihat senarai bahan-bahan yang diperlukan.

Resepi Spaghetti Bolognese Prego Citarasa Malaysia

Resepi Spaghetti Bolognese Prego Citarasa MalaysiaBahan-bahan
1 packet spaghetti
1 botol sos spaghetti prego berperisa cendawan (guna botol yang bersaiz besar ye)
1 tin cendawan (dipotong)
dada ayam (dikisar/dicincang)
cili padi
sayur-sayuran (lobak merah, lada benggala dan sebagainya)

Cara Menyediakan Spaghetti 
Mula-mula rebus spaghetti dalam air. Letakkan sedikit garam dan tambahkan setitis dua minyak zaitun. Kalau tak ada minyak zaitun, minyak masak pun boleh. Tujuan kita letakkan minyak, supaya spaghetti tidak melekat bila kita ditoskan airnya nanti.

Cara Memasak Sos Spaghetti Prego
1) Mula-mula tumiskan ayam yang telah dikisar atau dicincang untuk seketika.
2) Selepas itu masukkan cendawan (kalau tak nak guna cendawan dalam tin, boleh sahaja guna cendawan yang segar), cili api (kepedasan ikut citarasa sendiri) dan sayur-sayuran.
3) Tuangkan sos spaghetti prego ke atas bahan bahan tadi dan kacau sebati.
4) Biarkan sos mendidih.
5) TSetelah sos masak, bolehlah dihidangkan bersama spaghetti yang telah direbus tadi.
6) Kalau sukakan keju, bolehlah tabur parutan keju di atasnya.

Mudahkan Resepi Spaghetti Bolognese Prego Citarasa Malaysia ini. Jadi jangan lupa mencubanya nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

@templatesyard